Penyelidikan & Penilaian Kurukulum Bilik Darjah

 Penyelidikan & Penilaian Kurukulum Bilik Darjah


    Pembangunan Pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia adalah salah satu agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam hal ini, guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dalam pendekatan pengajaran bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai secara maksimum oleh pelajar di sekolah. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem penyampaian maklumat menjadi lebih ceria, menarik dan dapat merangsang minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran semasa berada di dalam kelas. Dalam Pendidikan, guru memainkan peranan yang penting bukan sahaja mendidik malahan perlu mengesan bakat, kebolehan dan kemajuan dalam pencapaian setiap pelajar. Guru perlu bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan objektif pembelajaran, penilaian, laporan dan membuat tindakan susulan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Dalam melahirkan guru yang sedemikian, penilaian dan penyelidikan secara dinamik terhadap kurikulum bilik darjah perlu dilaksanakan oleh guru.

Comments

Popular Posts