Penyelidikan Tindakan (Kajian Tindakan)

 

Pengertian Kajian Tindakan

Tokoh












Proses Kajian Tindakan

proses tindakan secara am mempunyai 5 kitaran iaitu Idea Permulaan, Membina Rancangan Tindakan, Melaksanakan Tindakan, Memerhati Kesan Perlaksanaan Tindakan, dan Mereflek/Tindakan.


Fasa

Keterangan

IDEA PERMULAAN

Kajian tindakan bermula dengan idea untuk membuat perubahan dan penambahbaikan yang diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut terhasil daripada rasa keprihatinan guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti menghadapi masalah.

Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, guru perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan.

Permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang tindakan yang akan diambil. Contohnya bagi kelas yang terlibat, beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar. Kemudian, berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan. Contohnya, satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk, penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan.

Melaksana Tindakan

Setelah membina rancangan tindakan, guru perlu membuat pelaksanaannya. Guru hendaklah menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, dikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Selepas itu, guru akan mengajar semula topik berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.

Memerhati Kesan Perlaksanaan

Guru (penyelidik) akan mula mengesan perubahan dalam kalangan pelajar semasa tindakan sedang diambil. Tindak balas yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap topik-topik yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada guru (penyelidik). Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.

Mereflek

Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah pengekalan kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya.

Secara rumusannya, kemahiran dalam melakukan kajian tindakan ini amat penting oleh kerana ia dapat membantu kita dalam melakukan PdP yang lebih berkesan dan sesuai dengan perkembangan masa dan murid. Oleh itu penguasaan ilmu, perlulah dikuasai dengan lebih baik oleh guru bagi memastikan kajian ini dilaksanakan dengan berkesan dan memperolehi hasil yang cemerlang untuk diketengahkan.


Untuk memahami lebih lanjut berkenaan kajian tindakan, anda boleh melihat video yang saya serta kan ini



Comments

Popular Posts