MODEL PENILAIAN CIPP


Model penilaian CIPP yang dihasilkan oleh Daniel Stufflebeam merupakan model penilaian yang paling banyak digunakan kerana model CIPP memberikan format penilaian yang menyeluruh bagi setiap tahap penilaian yang meliputi komponen context, input, process dan product. Setiap komponen boleh pula boleh berdiri sendiri untuk membuat penilaian.

 


Context

Penilaian konteks.

  • Menilai syarat-syarat yang diperlukan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran yang hendak dimulakan. Bermula dengan mengenali isu, masalah dan menentukan skop untuk membuat kurikulum dan pengajaran.
  • Asas dalam menentukan matlamat kurikulum
  • Sesuai dengan situasi di mana kurikulum dan pengajaran itu akan dilaksanakan


Input

Penilaian Input.

  • Berfokus kepada sumber yang yang digunakan bagi memastikan tujuan dan kurikulum dan pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai. •
  • Memperoleh maklumat dan penjelasan sebagai asas pemanfaatan sumber-sumber manusia dan fizikal bagi tujuan keberkesanan kos.
  • Berkaitan dengan perkara asas atau struktur kurikulum dan pengajaran.


Process

Penilaian proses.

  • Melibatkan proses yang digunakan untuk memastikan matlamat dan objektif kurikulum dan pengajaran berjaya dicapai.
  • Sentiasa dipantau untuk mengawal pelaksanaan bagi mengelak sebarang kecacatan dan kekurangan yang mungkin berlaku.
  • Mengetahui kekuatan/kelemahan perancangan dan pelaksanaan.
  • Memperoleh maklumat untuk pemurnian, kesempurnaan dan pengembangan kurikulum dan pengajaran.

Product

Penilaian produk.

  • Memberi tumpuan kepada keberhasilan sesuatu kurikulum dan pengajaran setelah tamat dilaksanakan dan melihat keberkesanannya.
  • Menilaian pencapaian.
  • Menentukan sama ada kurikulum dan pengajaran diteruskan, diubahsuai atau ditamatkan.


Untuk menambahkan lagi pengetahuan anda, sila tonton video ini: 



Comments

Popular Posts